PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan
adalah kerana saya ingin melengkapkan
kuota yang telah di peruntukkan bagi saya.
Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu,
memandangkan masih ada 3 kekosongan,
eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin.
Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini
buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli
yang merupakan setiausaha saya di pejabat.
Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan
di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan
dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita.
Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa
akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya
masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi
memandangkan poket saya yang selalu nipis,
terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini
di samping kurangnye rasa keyakinan untuk
mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya
dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya,
saya merasakan kembalinya semangat saya yang
telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan
kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah
pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita
bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan
dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan
miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar,
rantai besar dan pakaian besar.
Jika dulu potongan
puan seperti gitar, kini sudah
bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya
dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari
kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap
menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan
waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan
di perkenalkan iaitu 1 hari kerja
dan 1 hari cuti rehat.
Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh
pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah
waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan
bercuti, saya selaku Penyelia
tidak akan memantau
aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya
cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga.
Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan
dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap
pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi
kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya
harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman
penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan
puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya
balingan periuk nasi,
pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan
perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan
untuk
melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini.
Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika
kita menyambut orang baru
iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama
dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru
juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas
kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja
bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan
belaian manja akan di laksanakan oleh saya
sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat
dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama
dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program
ini dengan jayanya.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN
LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"